Thursday, October 31, 2013

Telekung Lycra Busana Busthaina Collection

Assalamulaikum.
Saya ada menjual Telekung Lycra. 
Jika Berminat Boleh terus PM Facebook Busana Busthaina Collection (BBC) Atau SMS  terus ke 017 9660166.

Jom Pilih !
Telekung Lycra ( Telekung shj. )

- PUTIH.
- HITAM.
- DARK KELABU.
- PEACH.
- PINK.
- DARK PURPLE.
- BELACAN.

Termasuk Pos = RM 79 shj. ( Semenanjung )
= RM 82 shj. ( Sabah & Sarawak )



Telekung Lycra DARK PURPLE ( Telekung shj. )

Telekung Lycra BELACAN ( Telekung shj. )



Telekung Lycra DARK KELABU ( Telekung shj. )



Telekung Lycra HITAM ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PEACH ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PINK ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PUTIH ( Telekung shj. )



Telekung Lycra HITAM 1 SET ( Telekung dan Kain )

Termasuk Pos = RM 140 shj. ( Semenanjung )
= RM 143 shj. ( Sabah & Sarawak )




Antara Keimanan Hati dan Lidah

Assalamualaikum.
Semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t

Terasa tangan ini dah sangat lama tak menekan button keyboard untuk menulis di blog. Semakin hari semakin bernyanyi memanggil saya untuk menulis HEHE. Sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat :)

Untuk memiliki keimanan yang mantap ditidaklah semudah yang kita sangka. Merujuk kepada pegangan kita iaitu Ahli sunnah wal jamaah adalah iman akan turun dan naik mengikut ibadah yang kita lakukan.Jadi, mari kita jaga iman kita supaya sentiasa teguh dan diparas yang tertinggi. InsyaAllah, kita sama-samalah berdoa dan usaha.

Kita selarikan dengan hati yang bersih dari segala sifat mazmumah. Apabila dah bersih mudahlah untuk kita beribadah dengan penuh tawaduk dan tenang. InsyaAllah.

Apabila iman dah mantap, hati bersih dari segala sifat yang buruk maka dari itu akan terzahirlah dibibirnya atau dilidahnya. Mengeluarkan kata-kata yang sangat menyenangkan telinga kita mendengar. Hebatkan proses ini ? Ya, Allah dah susun cantik. perfect ! marbelous ! HEHE.



Kenangan bersama sahabat Kak maton , saya ( Qira ) dan Lin



Syukran Jazzilan membaca. Semoga bermanfaat :)


Thursday, May 16, 2013

" Tak Sempurna Hari Tanpa Membaca Al-Quran "

Assalamualaikum WBT .
Alhamdulillah masih diberi peluang dari Allah untuk saya mengepost sesuatu yang bermanfaat buat saya juga buat sahabat-sahabat saya sekalian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. " (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Jadi, berdasarkan apa yang diingati oleh Rasulullah SAW itu, kita sewajarnya mentransformasikan hati supaya sentiasa rindu untuk mempelajari serta membacanya.. Jika selama ini kita sudah terbiasa dengan amalan wajib membaca surat khabar setiap pagi, apa salahnya kita jadikan membaca al-Quranpula sebagai amalan yang tidak boleh ditinggalkan.

Bina satu slogan peribadi, 'Tak Sempurna Hari Tanpa Membaca Al-Quran'. Tampal dalam rumah supaya kita dan seluruh ahli keluarga dapat menatapnya setiap masa. Keuntungan seseorang pembaca al-Quran ketika di akhirat kerana dijamin akan diberikan syafaat ketika kita sangat-sangat memerlukan pertolongan ketika berhimpun di padang Masyar nanti.

Rasulullah SAW ada menyebut akan hal ini dalam sabda yang bermaksud : "Bacalah al-Quran. Kerana ia pada hari akhirat nanti akan datang memberikan syafaat kepada para pembacanya. " (Hadis riwayat Muslim). Seperkara lagi yang harus kita sedari bahawa amalan membaca al-Quran adalah metodologi dalam penyembuhann penyakit jiwa atau hati. Dalam meniti arus kehidupan, fikiran dan jiwa sentiasa diselubungi pelbagai emosi. Justeru, bagi mukmin yang menjadikan al-Quran sebagi teman rapanya, perasaan berkecamuk itu pasti akan terungkai apabila membaca al-Quran.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat. " (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud). Berdasarkan apa dikemukakan Rasulullah SAW itu, nyatalah seseorang mukmin yang selalu mempelajari dan membaca al-Quran tergolonga dalam kalangan mukmin yang dicintai Allah.

Malah, Rasulullah SAW mengiktiraf amalan membaca al-Quran sebagai amalan ibadah terbaik untuk umatnya. Kata Rasulullah SAW : " Yang paling utama dari ibadah umatku adalah membaca al-Quran. " (Hadis riwayat al-Baihaqi). Mmebina keluarga yang membudayakan mempelajari dan membaca al-Quran perlu diutamakan kerana itulah acuan sebuah keluarga bahagia yang sentiasa dipayungi rahmat Allah. Anak membesar dalam ruang lingkup emosi berpaksikan cahaya al-Quran akan muncul sebagai anak soleh dengan jiwa kebal. 


Tafsir al-Quran Kesayangan saya

Membentuk jiwa anak dengan budaya cintakan al-Quran akan menjadi tembok paling ampuh dan satu bekalan teragung apabila mereka meningkat dewasa. Jangann biarkan jiwa kita dan anak-anak ketandusan keberkatan al-Quran kerana kesannya amat buruk. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada al-Quran sama sekali, tidak ubah seperti rumah yang rosak. " (Hadis at-Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan al-Darimi).

Mempelajari dan membaca al-Quran umpama baja yang akan menyuburkan hati dan jiwa sekaligus mengukuhkan akar iman serta takwa seseorang. Kesungguhan kita mendidik hati serta keluarga dalam aspek mempelajari dan membaca al-Quran akan menjadi suatu usaha jihad yang menjanjikan pahala di sisi Allah. Inilah rumah tangga yang berspektrumkan keharuman cahaya kerahmatan Allah.

Baca dan renunglah dengan bersungguh peringatan Rasulullah SAW kepada sahabat baginda Abu Dzar, katanya : " Wahai Abu Dzar, kamu pergi untuk mempelajari satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada kamu solat seratus rakaat. " (Hadis riwayat Ibnu Majah).

# Justeru, dari sini dapatlah kita mengerti batapa hebatnya amalan mempelajari dan membaca al-Quran sehingga pesanan berbuat demikian sentiasa saja diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda. Semoga kita semua dilimpahi kasih sayang Allah. Terima kasih sudi membaca di Blog saya yang tak seberapa ini. Jazakallahu Khairan kathira :)