Monday, July 14, 2014

Wanita ! Jom mahalkan dirimu

Assalamualaikum WBT.
Hai, Wanita bidadari syurga ! Salam ceria buat kamu semua. Salam ukhwah salam kasih sayang :)
Saya nak share serba sedikit mengenai larangan buat wanita Islam supaya menjaga dengan baik. Jom jaga ! Jom pelihara ! agar semuanya menjadi mahal. :)


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
[ Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari ]

2. Kaki dan semacam hantu loceng – " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
[ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
[ Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban ]

4. Dada – " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. "
[ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
[Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani ]
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. ]

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: " Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
[ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari ]

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
[ Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi ]

9. Mata – " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. "
[ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ]
Sabda Nabi Muhamad SAW ; "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi ]

10. Mulut (suara) – " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. "
[ Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32 ]
Sabda Rasulullah SAW; " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah ]

11. Kemaluan – " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
[ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ] 


12. Pakaian – " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah ]

Firman Allah , Bermaksud : "
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[ Pe
tikan dari Surah Al-Ahzaab : 59 ]Sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – " Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
[ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

Riwayat Imran bin Hushain ra, Bahawa Rasulullah saw. bersabda: " Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. "
[ Shahih Muslim No.4921 ]

Syukran Jazzilan membaca.
Semoga bermanfaat :)


Thursday, October 31, 2013

Telekung Lycra Busana Busthaina Collection

Assalamulaikum.
Saya ada menjual Telekung Lycra. 
Jika Berminat Boleh terus PM Facebook Busana Busthaina Collection (BBC) Atau SMS  terus ke 017 9660166.

Jom Pilih !
Telekung Lycra ( Telekung shj. )

- PUTIH.
- HITAM.
- DARK KELABU.
- PEACH.
- PINK.
- DARK PURPLE.
- BELACAN.

Termasuk Pos = RM 79 shj. ( Semenanjung )
= RM 82 shj. ( Sabah & Sarawak )



Telekung Lycra DARK PURPLE ( Telekung shj. )

Telekung Lycra BELACAN ( Telekung shj. )



Telekung Lycra DARK KELABU ( Telekung shj. )



Telekung Lycra HITAM ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PEACH ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PINK ( Telekung shj. )


Telekung Lycra PUTIH ( Telekung shj. )



Telekung Lycra HITAM 1 SET ( Telekung dan Kain )

Termasuk Pos = RM 140 shj. ( Semenanjung )
= RM 143 shj. ( Sabah & Sarawak )




Antara Keimanan Hati dan Lidah

Assalamualaikum.
Semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t

Terasa tangan ini dah sangat lama tak menekan button keyboard untuk menulis di blog. Semakin hari semakin bernyanyi memanggil saya untuk menulis HEHE. Sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat :)

Untuk memiliki keimanan yang mantap ditidaklah semudah yang kita sangka. Merujuk kepada pegangan kita iaitu Ahli sunnah wal jamaah adalah iman akan turun dan naik mengikut ibadah yang kita lakukan.Jadi, mari kita jaga iman kita supaya sentiasa teguh dan diparas yang tertinggi. InsyaAllah, kita sama-samalah berdoa dan usaha.

Kita selarikan dengan hati yang bersih dari segala sifat mazmumah. Apabila dah bersih mudahlah untuk kita beribadah dengan penuh tawaduk dan tenang. InsyaAllah.

Apabila iman dah mantap, hati bersih dari segala sifat yang buruk maka dari itu akan terzahirlah dibibirnya atau dilidahnya. Mengeluarkan kata-kata yang sangat menyenangkan telinga kita mendengar. Hebatkan proses ini ? Ya, Allah dah susun cantik. perfect ! marbelous ! HEHE.



Kenangan bersama sahabat Kak maton , saya ( Qira ) dan Lin



Syukran Jazzilan membaca. Semoga bermanfaat :)


Thursday, May 16, 2013

" Tak Sempurna Hari Tanpa Membaca Al-Quran "

Assalamualaikum WBT .
Alhamdulillah masih diberi peluang dari Allah untuk saya mengepost sesuatu yang bermanfaat buat saya juga buat sahabat-sahabat saya sekalian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. " (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Jadi, berdasarkan apa yang diingati oleh Rasulullah SAW itu, kita sewajarnya mentransformasikan hati supaya sentiasa rindu untuk mempelajari serta membacanya.. Jika selama ini kita sudah terbiasa dengan amalan wajib membaca surat khabar setiap pagi, apa salahnya kita jadikan membaca al-Quranpula sebagai amalan yang tidak boleh ditinggalkan.

Bina satu slogan peribadi, 'Tak Sempurna Hari Tanpa Membaca Al-Quran'. Tampal dalam rumah supaya kita dan seluruh ahli keluarga dapat menatapnya setiap masa. Keuntungan seseorang pembaca al-Quran ketika di akhirat kerana dijamin akan diberikan syafaat ketika kita sangat-sangat memerlukan pertolongan ketika berhimpun di padang Masyar nanti.

Rasulullah SAW ada menyebut akan hal ini dalam sabda yang bermaksud : "Bacalah al-Quran. Kerana ia pada hari akhirat nanti akan datang memberikan syafaat kepada para pembacanya. " (Hadis riwayat Muslim). Seperkara lagi yang harus kita sedari bahawa amalan membaca al-Quran adalah metodologi dalam penyembuhann penyakit jiwa atau hati. Dalam meniti arus kehidupan, fikiran dan jiwa sentiasa diselubungi pelbagai emosi. Justeru, bagi mukmin yang menjadikan al-Quran sebagi teman rapanya, perasaan berkecamuk itu pasti akan terungkai apabila membaca al-Quran.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat. " (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud). Berdasarkan apa dikemukakan Rasulullah SAW itu, nyatalah seseorang mukmin yang selalu mempelajari dan membaca al-Quran tergolonga dalam kalangan mukmin yang dicintai Allah.

Malah, Rasulullah SAW mengiktiraf amalan membaca al-Quran sebagai amalan ibadah terbaik untuk umatnya. Kata Rasulullah SAW : " Yang paling utama dari ibadah umatku adalah membaca al-Quran. " (Hadis riwayat al-Baihaqi). Mmebina keluarga yang membudayakan mempelajari dan membaca al-Quran perlu diutamakan kerana itulah acuan sebuah keluarga bahagia yang sentiasa dipayungi rahmat Allah. Anak membesar dalam ruang lingkup emosi berpaksikan cahaya al-Quran akan muncul sebagai anak soleh dengan jiwa kebal. 


Tafsir al-Quran Kesayangan saya

Membentuk jiwa anak dengan budaya cintakan al-Quran akan menjadi tembok paling ampuh dan satu bekalan teragung apabila mereka meningkat dewasa. Jangann biarkan jiwa kita dan anak-anak ketandusan keberkatan al-Quran kerana kesannya amat buruk. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada al-Quran sama sekali, tidak ubah seperti rumah yang rosak. " (Hadis at-Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan al-Darimi).

Mempelajari dan membaca al-Quran umpama baja yang akan menyuburkan hati dan jiwa sekaligus mengukuhkan akar iman serta takwa seseorang. Kesungguhan kita mendidik hati serta keluarga dalam aspek mempelajari dan membaca al-Quran akan menjadi suatu usaha jihad yang menjanjikan pahala di sisi Allah. Inilah rumah tangga yang berspektrumkan keharuman cahaya kerahmatan Allah.

Baca dan renunglah dengan bersungguh peringatan Rasulullah SAW kepada sahabat baginda Abu Dzar, katanya : " Wahai Abu Dzar, kamu pergi untuk mempelajari satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada kamu solat seratus rakaat. " (Hadis riwayat Ibnu Majah).

# Justeru, dari sini dapatlah kita mengerti batapa hebatnya amalan mempelajari dan membaca al-Quran sehingga pesanan berbuat demikian sentiasa saja diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda. Semoga kita semua dilimpahi kasih sayang Allah. Terima kasih sudi membaca di Blog saya yang tak seberapa ini. Jazakallahu Khairan kathira :)


Sunday, November 4, 2012

Mari amalkan Doa Nabi Yunus a.s ketika dalam kesusahan

Assalamualaikum W.B.T

Segala puji bagi Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang masih memberi peluang kepada kita bernafas di bumi ini dengan penuh kenikmatan dan dilimpahkan rahmatNya.



Maksudnya: " Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri "

Doa Yunus menembus Arsy, sampai-sampai para malaikat berkata, 'Ya Rabb, sepertinya ini adalah suara orang lemah yang sudah dikenali, yang datang dari negeri yang jauh dan asing'. Allah bertanya, 'Tahukan kalian, suara siapakah itu?'

Malaikat menjawab, 'Suara siapakah itu?' Allah berkata, 'Itu adalah suara Yunus, hamba-Ku'. Malaikat berkata, 'Yunus yang amalnya sentiasa naik ke langit dan doanya dikabulkan? Ya Rabb, tidakkah Engkau menaruh belas-kasih padanya lantaran dia sentiasa memuji-Mu di saat senang, dengan begitu Engkau selamatkan ia di saat tersepit seperti ini?'

Allah menjawab, 'Ya, tentu saja'. Maka, Allah memerintahkan kepada ikan nun untuk melemparkan Yunus ke daerah tandus.

Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka.- (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)

Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmannya yang bermaksud : "Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."(Surah al-Anbiya (21) ayat 88)

                              

Jom kita sama-sama mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah-masalah kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah-masalah yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang-kurangnya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga-moga Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita.


P/s : Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca diblog saya

Saturday, May 12, 2012

Menjemput Bidadari Penyejuk Mata

Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.
Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.
Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?
Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.
Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.

Asas dan Halatuju Mahligai Cinta
Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.
“Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari.”
Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.
Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.
Firman Allah Ta’ala:
6. Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
*Manusia di dunia ini baik disedarinya atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan tidak dapat tidak dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang baik dan buruk.
7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya
8. maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah
9. dan dia akan kembali kepada ahli keluarganya (yang sama-sama beriman) dalam keadaan gembira (dan bahagia).
(Al-Insyiqaq:6-9)
Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.
Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.

Akhlaq Mulia
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Kaum mukminin yang paling sempurna perihal keimanannya ialah yang terbaik akhlaqnya antara mereka itu, dan yang terbaik antara kalian ialah yang terbaik akhlaqnya terhadap kaum wanitanya.”
(Riwayat Imam Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang yang paling baik dikalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya, dan akulah yang paling baik dikalangan kamu terhadap ahli keluargaku.”
(Riwayat Imam Tirmidzi)
Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.
Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.”
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)
Hadis ini, pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.
Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama’, murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.
Satu Amanah
Sabda Rasulullah s.a.w., sebahagian daripada hadis yang panjang:
Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai amanah) melalui perjanjian dengan Allah.
(Riwayat Muslim)
Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.
Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.

Sekadar berkongsi ilmu untuk semua. Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.

Friday, October 28, 2011

:: Tawakal Ala Allah ::


..kunci kehidupan ini adalah penyerahan segala harapan kepada Tuhan..rintihan memohon nusrah dengan jiwa yang penuh pasrah kepada Allah..di situlah kita akan temui kecantikan putaran episod hidup..dalam diari perjalanan ini pasti kita temui kepahitan, kemanisan, kesilapan, keinsafan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam cereka kehidupan..namun jika insan dari awal menyerah pasrah kepada Allah, insan akan dapat melihat kasih dan pertolonganNya di setiap celahan perjalanan..kembara hidup akan berjalan sehingga ke akhir hayat..hikmah dan bantuan Allah menjelma dalam pelbagai rupa dan cara..yang disangka dan yang tidak diduga..jika Allah memberi tiada tangan yang dapat menghalang..jika Allah menghalang tiada tangan yang dapat memberi..atas keimanan itu, maka berjalanlah kita menuju destinasi akhir..temuilah segala pahit dan manis..derita dan nikmat..dalam senyum kita menangis syukur..dalam tangisan kita tersenyum akur..ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba yang bergantung kepadaNYA..teruslah percaya kepada janjiNYa : SESIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH MAKA ALLAH ITU CUKUP UNTUKNYA (Surah at-Talaq)..maka yang wajib bagi kita ialah membina dan membersih jiwa agar hakikat tawakal benar-benar bersinar dalam kehidupan yang berputar..

*Semoga urusan Dunia dan Akhirat kita dipermudahkan oleh-Nya.. ^^,