Monday, July 14, 2014

Wanita ! Jom mahalkan dirimu

Assalamualaikum WBT.
Hai, Wanita bidadari syurga ! Salam ceria buat kamu semua. Salam ukhwah salam kasih sayang :)
Saya nak share serba sedikit mengenai larangan buat wanita Islam supaya menjaga dengan baik. Jom jaga ! Jom pelihara ! agar semuanya menjadi mahal. :)


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
[ Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari ]

2. Kaki dan semacam hantu loceng – " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
[ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
[ Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban ]

4. Dada – " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. "
[ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
[Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani ]
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. ]

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: " Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
[ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari ]

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
[ Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi ]

9. Mata – " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. "
[ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ]
Sabda Nabi Muhamad SAW ; "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi ]

10. Mulut (suara) – " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. "
[ Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32 ]
Sabda Rasulullah SAW; " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah ]

11. Kemaluan – " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
[ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ] 


12. Pakaian – " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah ]

Firman Allah , Bermaksud : "
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[ Pe
tikan dari Surah Al-Ahzaab : 59 ]Sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. "
[ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – " Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
[ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

Riwayat Imran bin Hushain ra, Bahawa Rasulullah saw. bersabda: " Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. "
[ Shahih Muslim No.4921 ]

Syukran Jazzilan membaca.
Semoga bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment